Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia!

Disebabkan hari ini merupakan hari Malaysia, jadi saya terasa seperti terpanggil dan teringin untuk menulis dalam Bahasa Melayu, iaitu bahasa ibunda negaraku tercinta Malaysia. Bukan bahasa kolumpo atau bahasa melayu pasar seperti yang digunakan oleh ramai orang di Malaysia kini. Disebabkan Bahasa Melayu saya kurang lancar dan saya hanya mampu mendapat B sahaja dalam SPM, oleh itu maafkanlah sebarang kesilapan yang saya buat dari segi tatabahasa mahupun struktur ayat... hehe. Waaa... lamanya x tulis dalam bahasa Melayu. Kali terakhir adalah dalam SPM 2003 sewaktu menulis karangan untuk kertas peperiksaan Bahasa Melayu. Ceis.


16 SEPTEMBER 1963

Sebagai generasi muda yang tinggal di Malaysia, apa yang anda tahu tentang tarikh tersebut? Apakah signifikannya tarikh tersebut? Hmmm... 

Jawapan: MALAYSIA merdeka DAN ditubuhkan pada 16 September 1963

Saya adalah seorang anak Sarawak. Tiada rahsia lagi tentang perkara tersebut. Sejak kecil, saya telah diajar dan diberitahu tentang betapa istimewanya tarikh 16 September 1963 bagi mereka di Sarawak dan juga Sabah. Jadi persoalannya sekarang, mengapa kita merdeka pada 31 Ogos 1957? Hmmm...entahlah labu, labi pun tak tau... ooopss...terkeluar sikit bahasa pasar. Maafkan saya.

Setelah 47 tahun Malaysia merdeka, baru hari ini diraikan secara rasmi... How would you think we fellow Malaysian's from Sabah & Sarawak feels? (Please excuse my english...)

Andai saya ditanya soalan, adakah anda tersinggung apabila tahun merdekanya MALAYSIA adalah masih lagi pada 1957? Jawapan saya sudah semestinya, YA. Mengapa rakyat Malaysia, khasnya mereka yang berasal dari Semenanjung Malaysia selalu beranggapan bahawa Sabah & Sarawak masuk Malaysia?? Hmmm... 

Tahukah anda? 
Dipetik dari sebuah blog: 

"Ingat lagi satu perkara. Ingat sampai ke anak-cucu. Sabah dan Sarawak tidak MASUK Malaysia. Sabah dan Sarawak adalah dua bahagian daripada empat bahagian, termasuk Malaya dan Singapura, yang membentukkan satu negara bernama Malaysia. Sebenarnya lima bahagian kalau dikira Brunei sekali. Tapi Brunei masa tu tak nak bercantum dengan kitaorang."

Maka ayat yang lebih tepat lagi di sini adalah, Sabah & Sarawak sama-sama BERGABUNG untuk membentuk sebuah negara baru bernama MALAYSIA.

Untuk mengetahui lebih lanjut? Sila layari blog ini.

Saya SAYANG Malaysia. Tapi persoalan saya adalah, adakah anda sayang kami sepertimana kami sayangkan Malaysia? Adakah Sabah Sarawak kurang Malaysia? Hmmm... fikir-fikirkanlah...

Tetapi, satu perkara yang pasti adalah saya seorang rakyat Malaysia dan berharap agar Malaysia terus maju tanpa mengira asal usul, adat budaya, dan perbezaan masing-masing. PEACE!

SELAMAT HARI MALAYSIA!

Ingat tarikh ini: 16 SEPTEMBER 1963

5 comments:

Rungitom said...

Get up! Stand up! Stand up for our rights!

Remember that Malaya beg us to join them...
I hope that the original 20-Points for Sabah and Sarawak will be reviewed again, and no more stupid excuses.

Analog Girl said...

yes. it's time to stand up and demand for our rights! We've been left out for too long now. All that we ask for, time and time again is for them to give equality in terms of economy and infrastructure and for the 18/20 points to be set in motion. Is that too much to ask I wonder? Hmmm

adn said...

A+

EDDYLEBS said...

Malaysia never been colonized since the name Malaysia was created for the new federation...hihihi...before 1963 have we heard a nation called Malaysia? Ermmm for me Sarawak were less developed not because of Malaysia...who actually controlled Sarawak economies? I bet you knew..'the cronies'....thanks for joining my site...hope to hear new entries from you soon....

Analog Girl said...

@adn: Terima kasih byk2! nanti bagi biskut raya! :D

@EDDYLEBS: hey! I never thought you'd follow me back! thanks ya! Yes, I also agree with what you're saying. I think that a new line of competence and capable young people should just replace them already. But would that actually going to happen soon? I doubt it! How sad! :(