Saturday, May 30, 2009

Pembebasan atau Penyeksaan?

Current Mood: biasa2 jak
Current Music: "I just wanna be OK, be OK, be OK"
Current Location: Anywhere you want me to be


Cerita terbaru dari francais Terminator, Terminator Salvation dapat mix reviews dari pengkritik-pengkritik filem, tapi bagi aku, cerita tok best! Berbaloi bayar tiket, walaupun telah ditipu sebab lam paper padah rega tiket RM4.00 tapi lam bahasa cina la nya madah. Cek-cek tek 9 inggit! Tulah menar. Tapi berbaloi la. Ada banyak aksi-aksi yang sik terlalu melarat atau berderet-deret. Disesuaikan juak ngan adegan-adegan romantik, jenaka & saspens. Watak John Connor adalah jauh berbeza dari T3, apatah lagik T2. Aku sik mok madah banyak2 sebab takut spoil lak ktk orang nangga. Tapi kira, watak John Connor selepas Judgement Day adalah lebih berat sebab nya boleh dikatakan harapan terakhir bagi manusia-manusia untuk menentang mesin dan Skynet. Dan sepertimana yang ktk orang tauk, Arnold Sesenger (malas na juak nak carik nama manusia tok!) dah jadi politician nek tok, jadi ne la ada masa nya nak berlakon nak. Jadi ada rasa kurang sikit la bila Arnold sekda lam crita tok. Cuma... yerr! Tangga dikpun la kelak.


Mesin-mesin & robot-robot lam cita tok best la. Suka aku. Yang paling best the motorbots ya. Mun banding dengan robot lam cita transformers, memanglah kalah sebab lam cita tok, mesin xda emosi. Daknya cuma dapat bertindak mengikut logik dan sik ada hati dan perasaan. Robot lam cita transformers ya sebenarnya alien, jadi lain sekali dari dalam cita terminator. Tapi bagi aku mesin cita tok lebih logik gik la.


Dalam filem tok, satu watak baru diperkenalkan, Marcus Wright, dan aku mok madah yang aku lebih suka karakter nya tok lebih banyak gik daripada watak John Connor. Siapa Marcus Wright yang sebenarnya? Hmmm...diat dikpun la! Watak ompuan, Blair Williams, pun bleh tahan juak, kuat, bersemangat & a breath of fresh air? She kick ass! Kedak Linda Hamilton yang berlakon sebagai Sarah Connor lam T1 & T2. Keseluruhannya, walaupun kenak bulak, terpaksa bergelut ngan manusia yang bukan main penuh nangga malam ya dan terpaksa memilih di antara Night at the Museum 2, aku puas hati. Sik kiralah apa orang lain padah, ngaaaa!!! Yang penting aku paling suka bila John Connor madah "I'll be back!" :)

No comments: